To create wonderful bakery delights that will simply amaze the eyes of the beholder, leaving a lasting impression on the minds.
Saturday, October 15, 2011
Roll Lapis Rempah
Tanda penghargaan buat mereka yang berjasa..
Tersentak bila dapat phone call dari Laila (Epson) bila dia beritahu nak menempah kek untuk diberikan pada nurse2 / 3 shift di ward ICU HSA JB. Laila beritahu nak beri kek2 ini sebagai tanda terimakasih pada mereka semua yang telah menjaga anaknya yang ke5 selama 2 bulan diwad ICU. Rupa2nya anaknya telah meninggal pada selepas hari raya tempohari...Innalillahi wainnailaihi roji'un..Laila juga menempah 2 biji Choc Moist Cake dan 100 pcs cheese tart...TK buat Laila
Cheese Tart yang comel....

Percubaan pertama jualan cheese tart untuk hari raya 2011, alhamdulillah sambutan diluar jangkaan, nasib baiklah info awal dh beri pada ejen2 dn customer tarikh tutup tempahan seminggu Ramadhan..kalau tidak parah dibuatnya. Minggu akhir Ramadhan hanya untuk proses mengisi filling saja.Inilah juga yang menjadi jualan tetap seharian sehingga kini...terimakasih pada semua yang terus menempah cheese tartku...











