Followers

Tuesday, March 22, 2011

Plain cup Cakes

Lagi tempahan yang diterima minggu lepas, plain cupcakes....

Kek dulu-dulu...

Kak Nani (Taman Sri Tebrau) menempah marble kek ini 5 biji siap dengan potong kecil2 lagi, untuk pencuci mulut semasa majlis persandingan anak lelakinya.
Seri (jiran sebelah rumah)..
Maitty (Taman Gaya) juga menempah sebiji marble kek ni..
Alhamdulillah, dalam kita masing-masing sibuk dengan penghasilan kek2 terbaru @ moden, masih ramai lagi yang menggemari kek2 lama seperti ini.
Termasuklah saya sendiri, yang sangat menggemari kek2 marble ini, cuma mengikut kata emak kek marble dia dulu2 tak letak apa2 perisa pun, pakai marjerin jer, gula pun pakai gula pasir, sukatan pastinya guna cawan (cawan yang digunakan untuk minum sehari2)...

Naeim dan Transformer nya...



Ina dari awal lagi dah buat tempahan nak kan buffday cake Naeim with edible image Transformer...TK ina yang menempah ketiga2 set buffday cak/cc anaknya tahun ini dengan akak...

Kek Lapis Putih Telur @ Blueberry


Sayangnya putih telur yang dibuang begitu saje bila buat Kek Lapis..memandangkan minggu lepas banyak tempahan, terfikir jugak nak menghasilkan sesuatu yang baru yang boleh dimasukkan dalam senarai Kek lapisku...
Tiada bau hanyir putih telur...masih lembut dan lembab (macam kek lapis biasa yang menggunakan lebih kuning telur), masa membakarnya juga lebih kurang sama..dan yang pastinya boleh menjadi pilihan buat mereka yang menjaga tahap kolestrol masing-masing.. Harganya jauuh lebih murah dari harga Kek lapis biasa...

Tempahan Kek Lapis



Kek Lapis tetap ada penggemarnya..sesuai untuk sebarang majlis...tempahan minggu ini dari Kak Nani (Taman Sri Tebrau), Eyka & Fariza (KL), Fazura (Taman Daya), Kak Iya (SMK Hulu Kelang).

Info 2 : Pentingnya Pengawalan Stock...




Cukup ke kulit tart ni? Bila ada yang menempah, sms yang dibalas..OK...kira punya kira , alhamdulillah masih ada baki lagi..mulalah sya terfikir ada masanya kita perlu bersedia awal dan yang pentingnya sentiasa mengemaskini jumlah stock / material yang ada dalam simpanan kita
supaya tidak mengecewakan orang lain. Inilah peringatan buat diriku dan mungkin juga untuk rakan2 yang lain..

Doorgift Cup Cakes






Plain cup cakes tetap ada penggemarnya...tempahan ini dari Marriatty (Taman Gaya / Poly Pasir Gudang) untuk dijadikan doorgift majlis perkahwinan adiknya yang berlangsung di Kulai.
1000 pcs cc (vanilla + orange) siap dengan pack sekali.
TK buat Maitty...

Untuk Syafi dan Syahmi

Ada extra 2 cuppies, letakkan gambar Ben 10 untuk Syafi dan Syahmi..

Happy Buffday Syafi





TKasih buat Fiza (Taman Daya) yang menempah cuppies ini untuk Syafi (untuk diberikan pada kawan2nya diTaska).

Info 1 (Perlunya "Standardization")

Walaupun agak lambat, kalau untuk yang masih kurang mahir (seperti saya), setiap ccake yng telah masukkan adunan, saya perlu timbang dulu untuk mendapatkan ketinggian yang sama.

Soalan pertama yg ditanya oleh anak bujang saya, Syamil..kenapa gambar macam ni pun saya nk snap..senang jer saya jawab..semuanya sebab saya nk standardizekan ketinggian ccake ni dan bila letak buttercream nanti kan lebih cantik dan kemas.
Kekadang bila kita buat sesuatu perkara (w/pun tengah mengadun, menuang, membakar dsbnya kita perlu juga ajak sekali anak2 supaya dia orang tau bukan semua perkara kita boleh buat asal tangkap muat jer...kena fikir dulu sebab dan akibatnya....

Monday, March 7, 2011

Red Velvet Cup Cakes...


Ini yang dah topping dengan cream cheese...


Sana-sini rakan2 blogger dan diFB menunjukkan gambar2 Red Velvet Cake @ Cupcake..teruja juga dihati ini nak mencubanya...lagipun baru lepas dari demam ni macam2 nak dirasa...lepas tu tanya Syamil dan Alia..(yelah..kena tanya jugak dia orang ni, nak ke kalau mama buat)..Mama buatlah ..nanti kita test..apa lagi projek pun start...

Mama...baunye best la..kata alia (masa tu cup cake tak masak lagi, masih kat oven..). Sabar yer!
Bila masak jer, alia dan syamil terus ngap..sedap lah mama....itu kata dia orang.
Tiba giliran mama pulak, emm...memang sedap la..moist, tak la manis sangat, lemak , masam..
rupa wajah...alhamdulillah...puas...comel dipandang..

4 years old ...Afiq Hilmi


Tempahan dari Liza untuk bday anak bungsunya yang ke 4 tahun...sambutan yang dibuat di Taskanya...hantar kat Liza (Kastam Diraja) pukul 3.00pm Jumaat lepas terus dibawanya ke taska..TK Liza

Kenapa kek ini diberi nama Kek Lapis Sabuk Sultan..?

Lapis yang tiada buah blackcurrent dan choc rice..

yang ni pulak dah ditaburkan buah blackcurrent dan choc rice


bahan2..adunan kek (ada cream cheese, kaya, pure butter, susu dll) , buah blackcurrent dan choc rice...

Dah siap pack untuk delivery..
rasanya..lemak dengan adanya cream cheese.. Kek Lapis Sabuk Sultan..tak berniat nak tukar namanya yang asal..

Sedapnya Kek lapis Surabaya...

Kek Lapis Surabaya yg dah siap layer dengan buttercream (sedap juga kalau digantikan dengan blueberry filling atau combine dari buttercream dan blueberry)

Tapi kalau nak kata manis, tak la sangat..yang pastinya kek ni memang sangat lembut..maklumlah adunan dari 25 biji telur..

Inilah salah satu kek kegemaran seisi keluarga...

Kek yang telah siap dibakar, 2 keping original flovour dan 1 lagi ditambah dengan choc. emulco.
Tunggu sejuk untuk dilapis dengan buttercream

Aha..tengok tu kek dah cukup naik..tinggal nak tunggu masak jer

Ini Kek Lapis Surabaya versi terdahulu...untuk makan sendiri

so moist..




Wednesday, March 2, 2011

Selamat Pengantin Baru...Ain & Fairuz





Thanx to C.Kem ...ordered this wedding cake 4 her beloved sister Ain...on last Sat 26th Feb.2011