Followers

Thursday, September 29, 2011

Cup Cakes Hantaran Pertunangan Saiful yg sungguh simple...



Kesian sangat bila mendengarkan Kak Eda a.k.a (akak yang menjaga Aleya masa baby) "ayu buatkan Saiful cup cake hantaran ,boleh tak? Majlis pertunangan Syawal ke2...bukannya nk menolak tpi almaklumlah hari raye memang malas nk buat benda2 macam ni.Tapi memikirkan kesanggupannya menjaga Aleya masa kecik tak sampai hati pulak..sehari sblum hari raya buatkan cuppies ini (malu rasanye...simple sangat utk hantaran Saiful)..tapi tak pe nanti majlis kahwin Saiful akak buatkan yang special punya...

Penutup cerita Ramadhan & Syawal 2011....

Assalamualaikum buat sesiapa saje yng sudi menjengah blog yg serba kekurangan ini. Memang agak lama tidak membuat pengisian diblog ini, bukan brmakna utk terus mengabaikannya tpi wlau seribu alasan pun diberi, ianya tetap menjadi kekhilafan diri ini...tangguh...tangguh...dan terus lupa..w/pun inilah ingatan yg slalu dilemparkan buat anak2.."jangan tangguh2 kerja tu..nnti lupa...

Tiada gmbar yang akanku upload dientry kali ini, cuba saja2 nk belajar menulis dan berkongsi cerita dngan sape2 saje yang sudi membacanya..

Projek sebelum dan sepanjang Ramadhan 2011..
~June'11 sibuk dgn perancangan dn target jualan ...pastinya Kek lapis dn cheese tart, masa tu sibuk dengan method 5W 1H (What, When, Who, Where,Why & How)...penuh nota tercatat dibuku..
~July'11 mula membeli sedikit2 material (yg boleh tahan lama) ..ialah kalau beli sekali gus, parah dibuatnya..masa ni dh start pening dh..
~Juga dh buat stock utk memastikan tahun ini tak de customer/ejen yg kecewa...
~Aug'11 betul2 full swing...kalau boleh tak nak dengar ape2 cerita pasal raye...takut...(bila dh start lagu raye diradio (masa tngah drive)..anak2 dh mula cakap..mama lagu raye dah ade...tak takut ke?...

TAPI SYUKUR ALHAMDULILLAH, ATAS KEIZINANNYA DAPAT KUSIAPKAN SEMUA TEMPAHAN YANG DITERIMA..3 hari sebelum raye ada kesempatan untuk menyediakan persiapan untuk hari raya anak2...bersyukur yang teramat sangat..

Syawal 2011
Sesekali kepala sebelah kiriku terasa sakit yang teramat sangat..hinggakan tak boleh disentuh bhg telinga, pipi, rambutku..lama2 makin kerap terasa sakitnya sehinggalah berlarutan ke syawal yang ketiga..memang dah tak boleh ditahan2 lagi sakitnya...nasib baik ada hb yang berikhtiar mengurangkn sakitku dengan meletakkn ice dikepala..tapi atas nasihat family pagi syawal 3 aku pergi ke hospital..(Puteri Hospital)
Sebenarnye kalau cerita beraye dihospital ni bukanlah kali pertama (thun 1996, thun 1998 raye pertama lagi dh duduk kt hospital ...)
Doctor tanye, akk ada darah tinggi ke? Jawabku..ade tapi sekali masa bulan Feb lepas bila rasa pening2 confirm bp 140/70..tapi lpas tu slalu check ok.
Doctor btau kali ini tinggi sangat 175/100...
Injection diberi utk mengurangkan tekanan dn alhamdulillah slepas itu sakit berkurangan (kalau adapun sikit2 sngat).
Sehinggalah saat ini, saya masih meneruskan pengambilan ubat darah tinggi (atas nasihat doctor w/pun bp saya dh kembali kenormal 110/70)
Punca? mungkin penat? stress? apapun banyak yang saya pelajari dari pengalaman ini..
Walaupun tk sakit pergilah buat pemeriksaan..sampai setakat ini saya masih meneruskan berjumpa dngan doctor, saya juga dh buat blood test/screening test...alhamdulillah semuanya dlm keadaan yng memuaskan..tapi benda ni smua tak boleh nk cakap...mane tau esok, lusa,tulat..DIA nk memberikan kita sakit...perlu REDHA dan sentiasa berDOA...INSYAALLAH..

Sunday, June 26, 2011

Birthday Cake April ~ June









TK Haliza (Kastam JB) yang menmpah kesemua birth day cake ini..

Fancy Cookies...N3 yang tertinggal sempena Hari Guru 2011



Tempahan dari Kak Iya sebagai pemberian di Hari Guru SMK Hulu Kelang..

Penghantaran melalui Pos Laju...alhamdulillah tiada sebarang kerosakan..

Majlis Persandingan Ika & Azrul









Alhamdulillah, majlis persandingan Ika & Azrul berjalan dengan lancar dan selamt...

Majlis Pernikahan Ika & Azrul

Sebahagian anak saudaraku yg telah dan akan menghadapi situasi yang sama seprti Ika..InsyaAllah





Sekitar majlis pernikahan Ika dan Azrul, semoga jodoh berpanjangan hingga keakhir hayat...

Doorgifts...cupcake, kek lapis slice, fancy cookies..





Doorgift untuk kanak-kanak SAHAJA...ramai pulak si emak2nya yang juga nakkan fancy cookies ni, siap nak pilih2 lagi..



Cupcake choc + choc chip + badam ....utk goodies bag.

Kek Lapis rempah slice...tak sempat nak snap photo...

Miniature Cake (Hantaran dari Ika to Azrul)




Theme hantaran Ika utk Azrul warna putih, tapi tak kan lah nk buat mini kek putih plain..mesti tak naik colornya...dengan idea dan kreativiti yang terlalu sedikit, inilah hasil kerja tanganku...alhamdulillah yang penting penerimanya suka sangat...



Red / White Wedding Cake and Cupcake






Didalam kesibukan menyediakan wedding cake, doorgift dan hantaran Ika (anak saudara di Hulu Langat) alhamdulillah sempat juga menunaikan hajat Effa utk menjadikan set wedding cake+ cuppies ini sebagai hadiah buat adiknya yang melangsungkan perkahwinan pada 6 June yang lalu...harap Effa berpuashati dengan hasil kerja yang tak berapa kreatif ini....

Cupcakes Hantaran





6 pcs choc cup cake + fondant topper ...red, white & silver theme...tempahan dari Effa untuk hantaran adiknya. TK Effa

Alif, Damia, Harith & Nabila 's Birthday Cakes





3 in 1 buffday cake ...Damia, Harith & Nabila


4 the chubby boy...Alif now is 1 year...thanx Marriatty for the order...



Pejam celik2, tak sedar saya banyaknya hasil kerja a.k.a. tempahan dari kawan2 yang tidak di update diblog yg serba kekurangan ini.


Bukan nk bermaksud memberi seribu alasan..tapi kekadang kita lupa untuk menghargai setiap apa yang kita telah kita usahakan....


Apa pun, terimakasih yg tak terhingga buat semua yang telah memberi peluang utk saya berkreatif dan berkreatif....

Sunday, May 8, 2011

Cup Cakes For mum..





Simple choc cup cakes + buttercream + Choc Cadbury....TK ana

Gift Pack Kek lapis untuk mama..umi..emak...ibu..

Sempena Hari Ibu dan secara kebetulan memang ada stock gift box ni, buatlah beberapa jenis kek lapis bersaiz 8 x 2.5 inci untuk dijadikan sebagai hadiah...alhamdulillah..ramai peminatnya walaupun untuk dijamah sendiri...TK semua yang telah menempah...

Fancy Cookies...Hasil kreatif yg tak berapa kreatif..







Alhamdulillah, dapat juga menghasilkan sesuatu yang baru..percubaan bermain dengan icing sugar yang tidak sia-sia...


Lepas ni pastinya saya akan sentiasa mencari design2 yang lebih mencabar untuk dicuba..

Kek Lapis ...Kek Lapis...

KL Mutiara
KL Lengit Cappucino


KL Asam Manis



Roll Lapis Moscovis



KL Choc Cadbury




Juga tkasih untuk semua yang menempah kek lapis2 ini..dulu selalu saya ingt kalau kek lapis ni biasanya muncul masa hari raya ...tapi rupa2nya ia adalah kek sepanjang tahun..




Apa-apa pun KL Choc Cadbury tetap dengan popularnya...TK kepada Nor Azman (Shah Alam), Cikgu2 di TMIS 1, Kak Iya (SMK Hulu Kelang), Cikgu Shima (SKTPI)...

CMC oh CMC...TK semua..








CMC yang sentiasa mendapat tempat dihati semua..tak kira untuk majlis apa sekalipun, ianya tetap menjadi pilihan apatah lagi buat si anak2...Tkasih buat semua yang menempah CMC ini wpun hanya sebahagian photo sahaja yang sempat diabadikan...